Pertandingan KDB Explorace
17 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 16 Mac 2019, telah diadakan Program Hari Terbuka PI Kg Karangan bagi tahun 2019 bertempat di Pusat Internet (PI) Kg Karangan. Salah satu pertandingan yang diadakan adalah Klik Dengan Bijak (KDB) Explorace yang disertai oleh 4 kumpulan yang teridir daripada 5 orang setiap kumpulan. Peserta yang terlibat adalah pelajar-pelajar sekolah rendah dari Tahun 1 sehingga Tahun 6. Setiap kumpulan wajib menyiapkan 3 peringkat tugasan iaitu, teka silang kata KDB, isi tempat kosong KDB dan juga permainan ‘puzzle’ KDB secara atas talian. Soalan-soalan KDB yang diberikan adalah untuk memberi lebih pendedahan dan pengetahuan kepada peserta terutama kepada pelajar yang sering menggunakan kemudahan internet di pusat internet khususnya. Mereka diterapkan dengan ilmu KDB sebagai panduan penggunaan internet secara positif dan selamat.
Antara perkara yang ditekankan dalam KDB adalah seperti memupuk etika dan tatacara murni ketika menggunakan internet, mengelak daripada terjebak dengan penipuan, mencegah buli siber, memfitnah dan sebagainya selain memberi kesedaran tentang etika, tanggungjawab dan penggunaan internet yang positif berlandaskan nilai-nilai Islam. Kumpulan yang berjaya mengumpul markah tertinggi telah dikira sebagai pemenang dan diikuti pemenang kedua dan seterusnya. Diharapkan para peserta mendapat manfaat dari aktiviti yang dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: